Isnin, 5 Disember 2011

Udang Goreng Berkunyit Nor's Chef


Bahan-bahan ( 2 orang )

  • Udang besar (bersihkan...nak berkulit pun ok)
  • 6 ulas Bawang putih (cincang)
  • 5 biji Bawang merah (cincang)
  • 1 biji Bawang besar (hiris)
  • 1 biji Cili merah (hiris)
  • 5 tangkai cili padi - diketuk (optional)
  • 2 helai Daun kunyit (potong ikut suka)
  • 1/2 st Serbuk kunyit (tambah dan kurang ikut suka)
  • 1/4 st Serbuk lada hitam
  • 1/4 st Serbuk lada putih
  • 1 biji Limau nipis - ambil jusnye (boleh guna lemon)
  • 1 inci Halia (potong 6)
  • Sedikit air
  • Serbuk Sup Nor's Chef secukup rasa
  • Minyak

Cara-cara

  1. Gaulkan udang yang telah dibersihkan bersama sedikit Serbuk Sup Nor's Chef dan halia. Perap selama 15-20minit. Gorengkan udang dalam minyak secukupnya hingga keemasan, angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang merah. Masukkan bawang merah, cili merah dan cili padi. Kacau.
  3. Tambah serbuk kunyit, daun kunyit, garam dan sedikit air. Kacau sebentar dan tambahkan serbuk lada hitam dan putih.
  4. Masukkan udang dan gaul sebati. Padamkan api dan masukkan jus limau nipis tadi. Gaul.
  5. Sedia dihidang bersama nasi putih. Nak makan begitu saja pun boleh. Selamat mencuba. ;)